TARIKH: 8-9 APRIL 2011
TEMPAT: KEM PLKN BUKIT BESAR, KULIM, KEDAH
SASARAN: 80 MURID SKPTM (PENGAWAS SEKOLAH, KETUA DAN PENOLONG KETUA KELAS DAN JAWATANKUASA UNIT KOKURIKULUM SKPTM)
Unit Kokurikulum SKPTM dengan kerjasama Unit Bimbingan Dan Kaunseling telah mengadakan Kem Kepimpinan Jati Diri yang disasarkan kepada 80 orang murid SKPTM yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Ketua dan Penolong Ketua Kelas serta Jawatankuasa Unit Kokurikulum. Program telah diadakan selama 2 hari 1 malam bermula pada 8 April 2011 hingga 9 April 2011. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Ceramah Motivasi Kepimpinan Diri, Flying Fox, merentas halangan, berkayak dan bina keyakinan diri.









No comments:
Post a Comment